Zuhairie Ahmad Tarmizi

Zuhairie Ahmad Tarmizi merupakan seorang atlet berbasikal para Malaysia. Beliau merupakan pemenang pingat emas lelaki pertama Malaysia dalam acara lumba basikal di Sukan Para Asia apabila beliau meraih pingat emas dalam acara lumba lebuh raya C5 lelaki pada tahun 2018.[1] Beliau turut pernah merangkul dua pingat emas dalam Kejohanan Asia yang dianjurkan di Jakarta, Indonesia.[2]Zuhairie asalnya merupakan seorang pemain bola sepak, namun jari kanan beliau hancur apabila digilis mesin tebu ketika membantu abangnya berniaga di Bazar Ramadan Marang. Beliau kini mempunyai tiga anak bersama dengan isterinya, Hanis Najihah Jusoh.[3]Zuhairie telah bertanding di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 dalam lumba basikal. Beliau telah menyertai acara 1000m Uji masa C4–5 dan Pecut pasukan campuran bagi lumba basikal trek dan Uji masa C5 bagi lumba basikal lebuh raya.[4]

Zuhairie Ahmad Tarmizi

Lahir (1990-07-27) 27 Julai 1990 (umur 31)
Marang, Terengganu
Kewarganegaraan Malaysia
Pengelasan kecacatan C4
Kecacatan Kecacatan fizikal

Berkaitan